Saturday, October 24, 2009

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Sunday, October 4, 2009




:: JANGAN BICARA ANDAI MULUT PENUH DUSTA ::
:: JANGAN MEMBERI ANDAI HATI TIDAK IKHLAS MENERIMA ::

:: cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mmepunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan.
Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu ::

:: Jangan melihat dari kekayaan, itu bisa menghilang. datanglah kepada seseorang yang mampu membuatmu tersenyum, kerana sebuah senyuman itu dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yang dapat membuatmu tersenyum ::

Thursday, September 3, 2009

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.


Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali......


Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.


Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

Tuesday, July 14, 2009

Sunday, July 12, 2009

::Hey Ladies::


Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur



Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Thursday, July 9, 2009

WorK:::WorK:::WorK:::WorK::: BooooMmmmmm ZZzzzzzzzzzzzzz..............



Errrmmmmmmmmmmmm dah 1001X aku kira bulat tu sampai mata aku yg sepet ni pun dah jadi bulat, tapi rasa xpuas hati lagi, mcm ada yg tertiggal::: suh kerani aku kira pun dieorg buat aku pening kpala ::: errrmmmm pkai kanta je la mcm manager aku buat, huahuahua lawak la manager aku ni::: sama mcm buku kat atas ni 1001::: hehehehe

:::IMBAS KEMBALI:::


Ni lah kawan sejati aku masa sek dulu::: lama jugak aku xjmpa die, ermmm dekat 5tahun jugak la::: bila skali jumpa Hmmmmm memang best r cite pasal sek balik::: aku dengan die memang xboleh dipisahkan lagi, kemana ada die disitu lah ada aku, sampaikan orang kata kami ni "Lesbo" hehehehe ::: aku ingat lagi time tu minggu pertama sesi persekolahan dibuka, masa tu Form5, time tu memang dah start belajar pun tapi kami ingat cikgu2 bz dengan student form3 yg nak memilih aliran masing2::: nak dimulakan cite time tu aku dengan wany ni merayap ke kelas lain time tu budak kelas aku buat pemilihan ketua kelas dan segala ketua lah ::: last2 bila masuk kelas xpuas hati pulak atas pemilihan ketua kelas::: hehehehe nasib baik ketua kelas pun gila2::: aku pun redha kan jelah, sapa suruh aku tawaf 1building sek kan, hehehe padan muka aku::: pape pun sonok r time sek dulu macm2 pengalaman dapat drpada gembira, sedih , dendam dan sampai lah keterharu!!! wanny aku sayang kamu::: u r my best frnd alwayzzzz:::

:::ABAH, MAK & ADIK AKU:::


Errrrmmmmmmmmm yg ini gambar mak n abah aku::: mak aku dah hmpir 3tahun meninggal kan dunia yg fana ini, aku redha wlaupun aku belum boleh terima kenyataan::: abah aku pulak selepas dinaikan pangkat 7tahun lalu, dia ditukar kan ke pulau pinang::: so kena berdikarilah aku::: abah aku akan balik 2miggu skali tu pun sebab mak g memancing ngan abg2 n adik aku::: aku pun suka memangcing tapi aku hanya suka memancing kat laut n pantai je::: aku ingat lagi skali aku pancing kat lumut, perak aku dapat ketam n ikan sebelah, memang ketam yg aku nnti2 kan sbnarnya::: satu lagi aku pancing kat pulau pangkor, hehehe yg ini aku dapat anak sotong purita errrmmm time aku pegang sotong tu melekat2 kat kulit aku, yekkk geli, last2 seksa tengok sotong tu menderita aku pun lepaskan sotong tu::: dan sampailah 5jam aku pancing xdpat apa2 tp best sagat dapat hitam kan kulit::: dimalam hari pulak aku memancing lagi lepas dinner, time tu memang best r baring tepi pantai n tggu umpan dimakan, last2 umpan habis tapi ikan xdapat::: 4jam kat pantai n air pun dah semakin naik aku pun masuk la keresort untuk menikmati mimpi2 indah::: kadang2 pengalaman yg indah mampu kita cipta sendiri tapi yg sering kita lakukan adalah mimpi yg buruk saja::: apepun sama ada indah atau buruk itu adalah kehidupan::: Mum (AL-FATIHAH) semoga ibu aman disana :::

MENIKMATI SECAWAN KOPI!!!


hhmmmmmmmmah.....
:::Minum secawan KOPI pastu Tidoooooooo.... ::::
:::dah kul 1am:::
Gud Nite Sumeeee ...
Daaaaaaaaaaaa SaLaMMMMMM....



::: Ermm kawan2, ni gambar aku masa kat Pavllion depan Michaelangelo's Cafe...
sape2 yang nak lepak2 aku sarankan lepak je kat cini, best n relaxxxxx ::::


Salam...
::"tO LoVe sOmeoNe iS noThiNg, tO bE LoVeD bY sOmeoNe iS sOmeThiNg, tO bE LoVeD bY sOmeoNe yOu LoVe iS iNtEreStiNg, BUT tO bE LoVeD bY ALLAH iS eVeryRthiNg..."::

:: AIR MATA ::



kamu tahu tak kecewa itu sakit??
kamu tahu tak derita sangat bila hati dipermainkan??
kamu tau tak bila kecewa rasa ingin mati..tp tak mati2??
sakit sangat...
hu..hu...